2010年4月18日星期日
订阅:
博文 (Atom)
Imbasan
Atas daya usaha Encik Dahari bin Sayuti, Penolong Kanan sekolah ini pada Januari 1990, logo yang menjadi lambang kebanggaan sekolah ini telah disiapkan. Manakala, lagu sekolah pula telah dicipta oleh Encik Misrol bin Amri dengan gubahan senikata lagu oleh Encik Dahari bin Sayuti pada April 1991.
Secara keseluruhannya, kemudahan sekolah ini telah dipenuhi secara berperingkat-peringkat, seperti penurapan kawasan Dataran Kejat, kelengkapan kerusi dan meja kantin. Dengan tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya (2) pada Disember 1994, sekolah ini didaftar semula sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya (1) pada 31 Mac 2004.
Sekolah ini kini telah dilengkapi dengan 3 blok bangunan yang menempatkan 24 bilik darjah. Sekolah ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahana lain seperti pejabat, bilik guru-guru kanan, bilik guru, bilik kaunseling, perpustakaan, bilik APD, bilik ERT, bilik seni, makmal komputer, bilik stor buku teks (BOSS), surau, bilik cetak, bilik stor alatan sukan dan bilik penilaian dan peperiksaan. Kini ditambahkan lagi dua blok baru yang mengandungi 12 kelas, Bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains.
Johor Jaya, Johor Jaya, Kasihkan ibu dan bapa, Capailah kejayaan, Akhlak mulia amalan kita, Ciptaan : Misrol bin Amri |